Sunday, May 9, 2010

Rindu ku


Menjunjung Kasih Cinta Setia
Biar Luka Jemala Hamba
Membuai Rindu Santapan Kalbu
Asal Dapat Sentuh Bayangmu

Sulaman Emas Kebaya Labuh
Untuk Puteri Berpadan Sungguh
Mabuk Kepayang Sekelip Mata
Jangan Hamba Dianggap Gila

Ingin Membina Istana Dari Permata
Malang Sekali Hamba Tak Punya Apa
Ingin Mencoret Warkah Bertinta Emas
Tapi Sayang Tiada Indah Bahasa Hamba

Hanya Mencoret Warkah Usang
Untuk Melepas Kasih dan Sayang
Jangan Hamba Dianggap Gila
Niat Suci Di Hati Hamba



Dear Hana,
Ku coretkan lembaran usang ini pada mu untuk menyatakan aku rindu pada mu,
mungkin dirimu tidak melihat kesedihan dimataku tetapi dihati ini amat sedih sekali untuk tinggalkan diri mu ,
dinda,
kanda akan sentiasa merindui mu,
sedih untuk berpisah dengan dinda , berat rasa hati ini untuk berpergian tetapi apakan daya
kita terpaksa berjauhan buat masa ini,
kanda pergi bukanlah untuk bersuka2 tetapi kanda cuma pulang kekampung halaman kanda sahaja,
jika dinda rindu rasa lah tiupan bayu dipipi dinda,itulah tiupan rindu kanda buat dinda..

jaga diri sepanjang ketiadaan kanda disini,
jangan nakal ...


aku sentiasa merindui mu ..


Tiupan Bayu itu wakil diri ku...








1 comment:

hana said...

tq so much...
saya nanes waktu baca ini...